Tuesday, June 15, 2010

Jawatan Kosong di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia









JAWATAN : FASILITATOR SCHOOLNET

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di sekolah-sekolah yang terlibat di seluruh Malaysia.

1. (a) JAWATAN : FASILITATOR SCHOOLNET
(Skim Perkhidmatan Singkat [SPS])

(b) KEKOSONGAN :
Negeri Bilangan kekosongan
Sabah 46
Sarawak 39

2. GAJI : RM 2331.00 / sebulan

3. SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai
kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan
tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
(c) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang Teknologi Maklumat,
Sains Komputer, Multimedia, dan
Kejuruteraan.

4. TEMPOH PERKHIDMATAN : Julai 2010 hingga 31 Disember 2010

5. CARA MEMOHON :
(a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume beserta salinan kad
pengenalan dan transkrip akhir kepada :-

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Tingkat 2 Blok F,
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato’ Onn,
50610 Kuala Lumpur.
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia – Fasilitator Schoolnet)
(Tel: 03-2691 1209 / 1250)

(b) Permohonan juga boleh dihantar menerusi emel ke schoolnet@kpkk.gov.my.
(c) Permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan selewat-lewatnya pada 14 Jun
2010. Calon yang menghantar permohonan melalui pos hendaklah menulis
nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat.

6. CATATAN AM
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk
temuduga.
(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari
tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung
sepenuhnya oleh pemohon.
(d) Keputusan bagi panggilan temuduga akan dihubungi menerusi telefon.
(e) Untuk senarai skop tugas Fasilitator Schoolnet, sila rujuk laman sesawang
http://www.fasilitatorschoolnet.webs.com/. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment