
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).
1.1
(a)Jawatan:Penolong Pengurus Program (Gred 27)
(b)Kumpulan:Sokongan
(c)Taraf Jawatan:Tetap
(d)Tempoh Percubaan:2 tahun
1.2 Jadual Gaji (Skim Gaji 8):RM1,735.44 x 90.75 – RM3,641.19
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
1.3
(a)Elaun
(i)Khas:RM160.00
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan: RM180.00
(iii) Bantuan Sara Hidup:RM300.00
1.4
Syarat Lantikan: Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Memiliki Diploma dalam bidang Sebaran Am yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pangajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang yang berkaitan di sektor awam atau swasta; dan
(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam pengoperasian sistem komputer; dan
(e) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
1.5 Bidang Tugas:
Bertanggungjawab membantu Pengarah Pusat Perundingan Dan Latihan serta mengendalikan program latihan yang dianjurkan oleh IKIM atau kerjasama IKIM.
Cara Permohonan
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-
a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.
Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 30/06/2010 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
No comments:
Post a Comment